Xie Xingfang

Xie Xingfang (Bahasa Cina: 谢杏芳) dilahirkan pada 8 Januari 1981, di Guangzhou, wilayah Guangdong, Republik Rakyat China. Xie merupakan pemain badminton profesional wanita dari Republik Rakyat China.Kejuaraan besar pertama yang dirangkulnya menerusi acara beregu wanita, bersama rakan sewilayahnya Zhang Jiewen, iaitu kejuaraan junior dunia pada 1998. Setelah memasuki pasukan kebangsaan China, beliau beralih ke acara perseorangan wanita, berada di antara dua generasi, iaitu Gong Ruina, Zhou Mi dan Zhang Ning, dan beliau salah satu daripadanya, yang mana beliau sering diibaratkan seperti pemain tenis China yang berbakat Wang Lin, 17, yang memenangi kejohanan Terbuka Tenis China.Xie kini dikatakan sedang menjalinkan hubungan sebagai kekasih dengan pemain badminton China Lin Dan. Xie Xingfang dan Lin Dan mengharungi detik-detik yang romantis setelah kedua-duanya sama-sama memenangi Kejuaraan Badminton Dunia 2006 masing-masing di Madrid. Xie Xingfang bertambah popular apabila menyebelahi Lin Dan daripada serangan peribadi Taufik Hidayat ketika Sukan Asia 2006 berlangsung.

Xie Xingfang

Tinggi 1.78 m (5 ka ​10 1⁄8 in)
Tarikh lahir (1981-01-08) 8 Januari 1981 (umur 39)
Berat 60
Nama penuh 谢杏芳
Tempat lahir Guangzhou, wilayah Guangdong
Negara  China
Ranking terkini 4 (20 November 2008)
Ranking tertinggi 1 (7 April 2005[1])
Tangankegemaran Kanan